Dalam kesibukan menghadapi tugasan dan persiapan untuk peperiksaan akhir semester, pelajar-pelajar UTHM tidak lupa akan tanggungjawab mereka untuk kembali ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi, bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Menariknya, kemeriahan suasana pulang ke kampung untuk mengundi kali ini dapat dilihat seperti suasana pulang berhari raya. Buktinya seawal dua minggu sebelum tarikh PRU lagi, tiket-tiket bas sudah habis dijual dan pembelinya majoriti adalah pelajar universiti sendiri. Walaupun ada yang akan pulang ke utara dan ada yang akan pulang ke pantai timur, namun mereka yakin dengan keputusan yang dibuat kerana mereka tahu sebagai mahasiswa yang berilmu seharusnya mereka sedar akan tanggungjawab untuk mengundi. Laporan disediakan oleh Titi Aryani Binti Togio suntingan Suriayati Baharom. Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
(2 min, 04 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2jE2WT9
Share this :