#AWANIJr: A.Latiff Awang Di Karnival Akademik IPGKDRI

YB. A. Latiff Awang telah merasmikan Karnival Akademik IPG Kampus Dato? Razali Ismail , Kuala Nerus, Terengganu. Karnival ini turut dihadiri oleh Tn.Hj. Shafruddin Hj. Ali Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu .Karnival ini berlangsung daripada 16 April hingga 18 April 2018. Datin Dr. Hjh. Rohani Abdul Hamid , Pengarah IPGKDRI telah memilih ?Pedagogi Abad Ke-21 , Pemacu Pendidikan 4.0? sebagai tema Karnival Akademik IPGKDRI 2018. Adik Zulaikha Sahira Mohd Zaidi ,16 wartawan AWANIJr dan krew Eduwave TV ,SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala Nerus, Terengganu telah membuat liputan Karnival Akademik yang diserikan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti pembentangan kertas kerja tokoh-tokoh guru , pelbagai pertandingan inovasi pdp abad ke-21 dan pameran daripada pelbagai agensi termasuk UniSZA Dan UMT. AwaniJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(2 min, 39 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2ricLu6

Share this :

Artikel Terkait