#AWANIJr: Cikgu... esok sekolah tak???

Cikgu, cikgu, cikgu... dirimu begitu berharga. Pada 16 Mei setiap tahun adalah tarikh sambutan Hari Guru diseluruh Malaysia. Guru bukan sahaja mengajar malah mendidik, membimbing, memimpin dan membawa anak- anak muridnya untuk menjadi insan yang berguna. Seorang guru, dialah ibu, dialah ayah, dialah jururawat, dialah kerani, dialah tukang, dialah pelakon, dialah... dialah? apa-apa sahaja semasa berada di sekolah. Sebagai menghargai jasa seorang guru, ikuti laporan kehidupan seorang guru bersama wartawan AWANI Junior, Astro AWANI iaitu Nur Amrina Rasyada , 11 tahun dan Aina Afiqah, 11 tahun. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(2 min, 48 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2KlJcPK

Share this :

Artikel Terkait