#AWANIJr: Terima kasih cikgu

Tanggal 16 Mei adalah tarikh penting buat seluruh warga pendidik. Pada tarikh tersebut, kebanyakan sekolah akan mengadakan sambutan Hari Guru sebagai meraikan golongan guru yang banyak berjasa dan berkorban apa sahaja demi kecemerlangan pelajar. Tema Hari Guru 2018 telah pun diumumkan pada 23 Mac 2018 yang lepas iaitu Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Jika kita renung maksud tema kali ini, ia melambangkan betapa pentingnya peranan guru dalam dunia pendidikan sebagai penggerak utama pemacu transformasi. Pada rancangan kali ini Krew D?S TV TVPSS SK SERDANG DUNGUN membawa anda untuk menyaksikan ucapan khas untuk Hari Guru daripada pelbagai pihak. Mari kita ikuti tinjauan yang telah dibuat oleh Wan Nurul Hanin 11. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(2 min, 45 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2Ks9oYP

Share this :

Artikel Terkait