Sempena Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun, Krew AWANIJr dari Eduwave TVPSS SMK Kompleks Mengabang Telipot (KOMETS) , Kuala Nerus, Terengganu telah mengambil peluang merakamkan ucapan "Selamat Hari Guru" daripada pemimpin-peminpin pelajar sekolah KOMETS. Adik Zulaikha Mohd Zaidi 16 bertindak sebagai wartawan AWANIJr dan Wan Daniel Izi 13 sebagai jurukamera telah merakamkan ucapan keramat wakil pelajar untuk mengenang jasa guru- guru KOMETS. Mereka yang terlibat dalam rakaman ini adalah terdiri daripada wakil pengawas Pusat Sumber Sekolah(PSS) , pengawas Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) , Pengawas Sekolah , pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) , murid-murid istimewa PPKI , Krew Eduwave TVPSS dan krew AWANIJr KOMETS. Terima Kasih diucapkan atas kerjasama anda semua.Mari kita saksikan rakaman ini.. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(3 min, 00 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2rQE0MY
Share this :