Kali ini adik Alya dari TV PSS MY SKKGB Channel, SK Kompleks Gong Badak,Kuala Nerus, Terengganu akan berkongsi cerita dan pengalaman beliau membuat kembara menaiki Houseboat dan pergi ke Santouri Kelah yang terletak di Sungai Petang di Tasik Kenyir,Hulu Terengganu. Walaupun secara semula jadinya, ikan kelah merupakan spesies yang sangat sensitif dengan kehadiran manusia dan akan menyorok di celahan batu sekiranya berasa terancam, namun situasi di santuari berkenaan sangat berbeza. Pengunjung bebas untuk bermain dengan ribuan ikan kelah yang boleh dianggap terlalu jinak, sehinggakan ikan-ikan berkenaan akan mengerumuni sesiapa sahaja yang masuk ke dalam air sungai tanpa rasa takut. Bagi merasai keseronokan bermain bersama ikan kelah di situ, pengunjung dinasihatkan membawa bekalan makanan ikan yang boleh dibeli di pusat penerangan di pintu masuk santuari. Jom kita sama sama saksikannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(3 min, 21 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2lj2UAU
Share this :