#AWANIJr: Meriahnya Raya

Pada 28 Jun 2018, sambutan hari raya peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Dungun, Terengganu telah diadakan di Dewan Al-Fikrah. Majlis ini melibatkan semua pelajar, guru, kakitangan, ahli jawatan kuasa PIBG sekolah serta pelbagai agensi luar termasuk pihak polis dan klinik kesihatan berhampiran. Ikuti laporan tentang kemeriahan sambutan hari raya tersebut bersama wartawan, Fhatin Nur Syafiqah 17 dan Adnan Haiqal 16 serta jurukamera, Aizzat Akashah 16 dari Eagle TVPSS Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut Dungun Terengganu. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(2 min, 57 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2lGOPxq

Share this :

Artikel Terkait