Apandi Ali tolak pelantikan MT UMNO

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak pelantikan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi penggal 2018-2021. Apandi menolak pelantikan itu kerana ia akan diselubungi dengan pelbagai persepsi negatif yang mungkin dikaitkan dengan tugasnya sebagai Hakim dam Peguam Negara sebelum ini. Beliau sebelum ini diumumkan mengisi jawatan itu oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi satu kenyataan pada Sabtu.
(1 min, 26 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2NOAUSN

Share this :

Artikel Terkait