AWANI Rangers: Hanya tiga minit bentang thesis!

Pelajar siswazah dari seluruh negara telah mengambil peluang untuk mengangkat idea penyelidikan mereka dengan menyertai pertandingan '3 Minute Thesis' (3MT) di Universiti Petronas Malaysia (UTP) pada 28 Jun lalu. Menurut Afif Izwan bin Abdul Hamid , Pengerusi Persatuan Pelajar Siswazah UTP, matlamat 3MT adalah bagi mencari pemenang bagi mewakili Malaysia di Australia pada September akan datang. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar pasca siswazah universiti awam juga swasta di Malaysia yang berminat untuk berkongsi hasil penyelidikan mereka kepada orang ramai. "Pertandingan ini juga mensyaratkan agar bahasa dan struktur ayat yang diguna oleh peserta adalah mudah dan mampu difahami oleh setiap peringkat masyarakat", katanya lagi. Laporan oleh Anbia Adam, AWANI Rangers UTHM. Awani Rangers ialah inisiatif terbaharu Astro AWANI dan berfungsi sebagai platform buat mahasiswa dan mahasiswi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(1 min, 35 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2IJxLQt

Share this :

Artikel Terkait