Nayli Tihani Tiarramon dan Pengacara Nur Adelia Qaisara Tiarramon dari SEGAR TV SK Guntung Luar Setiu Terengganu berpeluang membuat liputan di Korobori Pengakap Kanak-kanak Peringkat Kebangsaan bertempat di Kem Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu yang telah diadakan selama lima hari bermula pada 6 -10 Julai 2018. Pengacara Nayli sempat menemubual Penolong Pesuruhjaya Daerah Setiu, Encik Mohamad Fahmi Zamri manakala Pengacara Adelia berpeluang menemubual Penolong Pesuruhjaya Aktiviti Korobori Kebangsaan, Encik Che Azmi Che Jaafar yang turut sama menjayakan Korobori Pengakap Peringkat Kebangsaan ini. Jom Saksikan. AWANI Jr merupakan inisiatif terbaru Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(2 min, 51 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2Lsieqq
Share this :