PPKI Masalah Pembelajaran, bukan halangan untuk murid-murid ini menunjukkan bakat masing-masing. Malahan ada yang lebih berbakat berbanding murid aliran perdana. Mereka sanggup ketepikan perasaan malu dan ini telah berjaya membawa mereka ke persada realiti kehidupan. Tahniah kepada guru-guru yang berjaya mencungkil bakat-bakat terpendam anak-anak syurga ini. Bersama adik Mohd Zukefli Rusli 14 tahun murid SK Tanjung Pati Dungun Terengganu yang juga merupakan seorang yang berbakat menunjukkan aksi di pentas bersama rakan-rakannya yang lain. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(3 min, 20 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2NwwUFL
Share this :