Pada 31 Julai 2018 baru-baru ini, Sekolah Menengah Agama Marang telah menjadi Tuan Rumah Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap daerah telah menghantar wakil untuk merebut beberapa acara pertandingan antaranya Kalam Sya'bi , Hiwar (dialog), Tilawah Quran, Kuiz Ilmu Wahyu, dan banyak lagi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Terengganu yang diwakili oleh Tuan Haji Awi bin Salleh selaku Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Ikuti rakaman yang dibuat oleh Pengacara Awani JR Anis Afiqah Mohd Zambri dan Rabiatul Umairah Mohd Affandi. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
(3 min, 32 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2OBx8MY
Share this :