Suhu panas terus mencengkam benua Eropah selama lebih sebulan yang lalu. Di Rovaniemi City di Finland khususnya yang merupakan kawasan peranginan terkenal sebelum ini jarang mencatat suhu lebih 20 darjah celcius namun gelombang haba kali ini menyaksikan suhu di sana mencapai 32 darjah celcius. Susulan itu penduduk setempat mencari alternatif dengan beriadah di tebing sungai walaupun sehingga jam 11 malam. Situasi sama turut dirasai di Sweden namun penduduk tempatan di sana menikmati cuaca panas ini kerana mereka mendakwa sudah sekian tidak merasai cuaca panas yang berpanjangan. Mereka memilih untuk menikmati ais krim bagi menghilangkan rasa panas.
(0 min, 49 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2vHg7s4
Share this :