Tahan tren Metro dan pandu sendiri

Ini pula cerita di Prague. Gara-gara menyertai pertandingan Lowcost Race, mereka bertindak menahan tren Metro yang sedang membawa penumpang. Bukan itu sahaja, mereka memandu tren berkenaan. Aksi mereka memandu tren berkenaan dirakamkan menerusi satu video yang tular pada Khamis. Ni merupakan sebahagian daripada cabaran pertandingan berkenaan yang mahukan peserta untuk memandu sesuatu yang luar biasa. Bagi pihak berkuasa pengangkutan Prague, perbuatan itu tidak boleh dimaafkan. Jurucakapnya, Aneta Rehkova berkata kebenaran yang diberikan pemandu tren Metro berkenaan menyalahi peraturan dan akan dikenakan tindakan. Bagi pihak Lowcost Race pula, mereka lega kerana tiada kemalangan mahupun perkara serius berlaku akan tetapi pihak penganjur tidak menggalakkan peserta berkenaan untuk memandu tren!. Kes ini sedang disiasat oleh polis Prague untuk tindakan lanjut.
(0 min, 51 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2vwM07r

Share this :

Artikel Terkait