Saya Mohammad Amirul Ashraf bin Rozi, 25 tahun merupakan pelajar semester pertama peringkat sarjana dalam bidang seni drama School of Art. Sepanjang bergelar pelajar dalam bidang seni lakon peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana, saya turut melibatkan diri dalam bidang peragaan. Hal ini kerana, disamping minat yang mendalam dalam bidang lakonan, saya amat meminati bidang fesyen. Hal ini kerana, saya berasa fesyen merupakan sesuatu yang sangat menarik. Ianya membuatkan saya berada dalam dunia saya yang tersendiri. Jika saya berasa tertekan, saya mula untuk membaca mengenai fesyen di internet. Saya yakin dan percaya bahawa fesyen serta penampilan diri sangat penting untuk meningkatkan keyakinan diri seseorang. Saya juga yakin bahawa ramai orang di luar sana yang berkongsi minat yang sama seperti saya. Ini merupakan inisiatif Astro AWANI dengan kerjasama untuk menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
(1 min, 38 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2GJgSEq
Share this :