AWANIRangers: Pelajar UIAM Kuantan menjayakan program BUDI bersama masyarakat setempat

Seramai 63 pelajar dari Kulliyyah Sains, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan telah menjayakan sebuah program anak angkat yang dinamakan sebagai BUDI Programme di Kampung Nenasi, Pekan pada 20 April sehingga 22 April 2018. Program ini bertujuan supaya pelajar dapat menguatkan kemahiran berkomunikasi dan bersosial dengan masyarakat serta melatih mereka akan kepentingan untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui aktiviti kebajikan yang dijalankan. Ini merupakan inisiatif Astro AWANI dengan kerjasama UIAM untuk menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
(3 min, 04 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2rWZQOP

Share this :

Artikel Terkait