Video bacaan notis pengampunan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tular di media sosial. Ramai yang hanya tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menerima pengampunan penuh oleh Yang Di Pertuan Agong. Video berdurasi 30 saat itu menunjukkan reaksi awal Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. ?Adalah dengan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan serta diberi pembebasan serta-merta,? kata pegawai penjara yang membacakan notis pengampunan berkenaan. Dapat dilihat, Dr Wan Azizah amat terharu menahan sebak ketika notis dibacakan di hadapannya.
(0 min, 38 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2LzRftl
Share this :