Antara yang viral juga ialah video petugas Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) di Lombok yang berjaya membawa keluar seorang mangsa yang dihempap runtuhan masjid di Masjid At-Taqwa Ambruk di Desa Lading-Lading Kecamatan Tanjung Kabupaten Lombok Utara, Indonesia. Mangsa yang masih lengkap berjubah dan memakai kopiah ini merupakan antara jemaah yang terperangkap dalam runtuhan ketika sedang menunaikan solat isyak secara berjemaah. Setakat ini jumlah mangsa terkorban yang berjaya dibawa keluar adalah tiga orang dan angka ini akan terus meningkat. Gempa bumi yang mengegar pulau peranginan Lombok setakat ini mengorbankan 105 mangsa manakala 236 lain dilaporkan cedera.
(0 min, 41 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2M0WO81
Share this :