Perlakuan kejam terhadap haiwan di Taman Tema Brussels

Ini pula kisah perlakuan kejam terhadap haiwan yang didakwa berlaku di sebuah taman tema di Brussels, Belgium. Menerusi sebuah video yang tular di Twitter, kelihatan beberapa ekor kuda padi hidup digunakan dalam permainan Karusel. Video tersebut mengundang kemarahan netizen seluruh dunia yang meminta agar perlakuan yang tidak berperikemanusiaan itu dihentikan serta merta. Kesemua kuda padi ini diikat dan penumpang boleh menunggang mereka dengan bayaran tertentu yang dikenakan. Sebuah Pertubuhan NGO di Brussels, 30 Millions D?amis Foundation memaklumkan bahawa kerajaan Belgium hanya akan mengharamkan perlakuan berkenaan pada Januari 2019.
(0 min, 35 sec)

from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2KATKKw

Share this :

Artikel Terkait