Israel Aerospace Industries mula memperlihatkan dron yang dicipta khas untuk tujuan perang kepada umum melalui akaun YouTube miliknya baru-baru ini. Dron yang diberi nama rotem itu merupakan dron taktikal yang membolehkan ia dikawal hanya seorang askar. Melalui video yang dipaparkan, dron ini boleh membuat serangan berkesan terus kepada musuh dengan meletupkan diri. Bukan itu sahaja, serangan yang dibuat menggunakan dron ini amat mudah bagaikan permainan video di komputer. Mungkin dengan penciptaan dron jenis ini, ia bakal menjadikan penggunaan dron di masa depan memerlukan peraturan yang lebih ketat bagi mengelak sebarang kejadian atau percubaan yang membahayakan.
(0 min, 44 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2njW2nT
Share this :