Musim panas dan kering di California telah menyebabkan kebakaran hutan yang dahsyat sejak Isnin. Lebih 14 ribu bomba dikerahkan untuk mengawal api di 18 kawasan utama menggunakan pelbagai aset. Menurut Jabatan Hutan dan Perlindungan Kebakaran California, kebakaran ini membabitkan kawasan seluas seribu seratus tujuh puluh lapan kilomter persegi lebih teruk berbanding kebakaran tahun lalu. Bukan visual ini sahaja, ia juga dapat dilihat melalui satelit yang dikongsikan Agensi Angkasa Eropah. Usaha pemadaman masih dijalankan. Punca kebakaran juga masih disiasat.
(0 min, 34 sec)
from Automotif - Video - Astro Awani https://ift.tt/2KCjPbR
Share this :